
">
|
..Bosan Study.
Saturday, May 5, 2012 @ 10:47 PM | 0 Comment [s]
BELAJAR LA WEIIIIIIIIIIIIIIIII..HAHAHAHAHHAHHH
haish,hp cantek aku pun ada kat ctu..ahhahahaha
blog aku kat laptop tu..hahahahah
tikus aku ekor pendek,tapi tu bukan tikus aku,kawan aku sura punya..hahahhaa
so last study la wei,subjek separation @ sepakration..ahhaha
#Doakan aku esok..:)
..maafkan aku kalian..
Friday, May 4, 2012 @ 11:25 PM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum .Apa kabar korang?? Hope sihat2 belaka.. Maaf sudah lama aku tidak menulis di blog ni..aku terlalu sibuk dengan kehidupan aku sebagai hamba ALLAH dan seorang mahasiswi. Aku terlalu sibuk dengan Final Year Project yang diketuai supervisor yang aku terlalu SAYANG dan banyak MEMBANTU.puih.. Nak tau tak ?? Aku sudah lama tidak berjumpa familyku,ini semua gara-gara FYP dan tesis,hingga aku rasa tiap masa adalah paling berharga dengan belajar dan tesis.Sampaikan masa untuk aku bersama keluarga sudah tidak ada,apa punya anak aku ni. Next week, aku punya Final exam.Study sudah tapi apa yang masuk dalam otak apa pun aku tak tahu.demn!! Lepas habis ni,tamatlah sudah kehidupan aku di melaka..Sudah lah aku mahu lupakan segala kenangan aku di Melaka untuk seketika.Aku mahu kumpul semula kenangan aku di Perak.hahahaha Sambung degree kat MICET ?? oh itu masih dalam perancangan.Mungkin waktu LI nanti aku pikirkan.Aku memang malas berfikir.. Akhir sekali,maaf kepada semua sahabat-sahabat andaikata ada percakapanku yang menyakitkan hati kalian.. Aku cuma manusia biasa yang xlari dari kesilapan.Maaf andai ada teguranku yang menyentuh hati kalian. Aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik tapi kalian semua adalah sahabat yang baik buat aku. Aku mahu sambung study. Terima Kasih.. #tahniah schawal..hahahha...tiba2.. .Percaya cakap aku..
Wednesday, December 28, 2011 @ 10:12 PM | 0 Comment [s]
Hai semua..Adoi lama dah tak citer2 ngan korang..Bukan sombong la cuma saja menyepikan diri.Bawak dirila katakan.Sekarang ni aku tulis post ni sambil tengok facebook,entah kenapa sejak dah umur 20 an ni bila tengok orang lain dah ada yang bertunang,sebaya aku beb,belambak dah tunang.Aku rasa baguslah kalau macam tu,daripada orang lain duk mengata 'jadah dia tu bawak anak dara org merata'..Kalau dah tunang,mak cik-mak cik mesti cakap 'tu la tunang dia,sama comey sama padan..hehehe'.. Kawan-kawan aku pun ramai tanya,aku ni takdak boyfrenz ka..adoi pyah nak jawab tu..Aku kawan memang ramai tapi aku berkawan untuk mencari bakal suami bukan bakal teman lelaki.Percaya cakap aku,bila umur korang dah masuk 20 an,korang dah tak fikir nak bercinta yang korang fikir adalah lelaki yang akan bersama korang menjalani kehidupan seterusnya.Takdak masa dah nak bercintan-cintun tu. Sekarang ni aku pun masih mencari-cari bakal suami aku nanti,kakak aku cakap "ada orang kata dalam mencari teman hidup jangan memilih,tapi i tak rasa macam tu,kita kena jugak memilih supaya hidup kita nanti tak susah,kehidupan kahwin ni berbeza"..Doakan aku ya supaya aku dapat pasangan yang menyayangi aku dan mencintai aku. ..Ini entry terakhir untukmu..
Monday, December 5, 2011 @ 7:25 AM | 1 Comment [s]
Malam ni tetiba teringat kat kau,dah lama rasanya tak jumpa,borak2,bergosip2,kutuk-kutuk.Banyaknyer kenangan kita bersama.Sumpah aku janji ini entry terakhir untuk kau.Aku takkan sebut nama kau lagi,aku takkan fikir kau lagi dan aku takkan ingat semua tentang kau lagi.Itu janji aku.Kau sihat sekarang?if kau baca entry ni kau jawab la walaupun aku tak dengar.Sekurangnya mungkin aku tersedak.Aku bagi message tak pernah berbalas,aku cuma nak hak aku sebagai seorang kawan,aku tak tahu apa salah aku sampai kau tinggalkan aku macam tu.Sekurangnya bagi aku kata putus supaya aku tak tertanya-tanya,aku pedih kau tahu.Kenapa kau mulakan persahabatan sedangkan akhirnya kau tinggalkan aku tanpa kata. Setiap hari aku cari kau,setiap hari aku tunggu kau dengan harapan kau akan datang dan kembali bersahabat dengan aku.Aku tahu mungkin kau tinggalkan aku sebab satu hal tu tp takkan sampi macam ni sekali.Kalau kau takut aku ni macam mengharapkan kau,bagitau aku elok-elok.Aku akan pergi jauh dari hidup kau.Kau buat aku hilang semangat untuk berkawan dengan seorang yang bernama LELAKI.Aku takut ditinggalkan sepertimana kau tinggalkan aku,kau buat aku ingat diri aku ni tak mampu untuk mencari sahabat yang bernama LELAKI. Sekarang aku dah tak punya kawan lelaki yang boleh aku percaya macam aku percaya kau.Aku tak mampu lagi,sebab aku takut.2kali aku rasa benda ni dan tak mungkin aku sanggup tempuh untuk kali ke 3.Terima kasih atas kebaikkan kau,terima kasih sangat-sangat.Sekurangnya aku pernah ada kawan yang bernama tettttt....Terima kasih jugak tinggalkan aku sebab di saat kau tinggalkan aku,aku memang dah ada perasaan kat kau.Terima kasih aku sudah mampu untuk menghalangnya dari terus mekar. Kenangan itu aku takkan simpan kerna kenangan itu bukan milik aku lagi,aku doakan kau bahagia dengan mereka yang kau sayang.Aku harap bila kau terjumpa aku,larikan diri kau dari aku sebab aku tak mampu melupakan kau untuk kali ke2.Larikan diri kau sejauh mungkin,sebab aku tak nak bakal suami aku nanti tahu kau ada dalam hati aku dulu.Aku taknk dia tahu kau pernah bertakhta di hati aku.Aku taknak dia tahu.Sebab aku tak nak jadi isterinya yang curang.Tolong penuhi permintaan aku. Thanks sayang,moga kau hidup bahagia dengan dia.Aku takkan pandang kau dari jauh lagi.Aku jugak takkan kejar bayang-bayang kau lagi.Thanks a lot..:) How I Met Your Mother.?
Saturday, November 19, 2011 @ 7:01 PM | 0 Comment [s]
Hai Semua,Apa rancangan korang hari ni,Berjalan-jalan di pasir gudang??Bermain teng-teng di dalam rumah??Atau bermain sepah-sepahkan bilik??hahahha..Ape pun yang korang buat,pastikan ianya tidak menyusahkan orang lain.Ok hari ni aku nak citer kat korang paal satu drama Inggeris ni,syok dowh macam komedi gitu.Drama ni lelaki tu citer pasal macam mana dia jumpa Isteri dia kepada anak-anak dia.Ha kau,siap buat cerita lagi,Hang ada???Takdak kan??heheh..Sini aku kenalkan watak-watak dia. Ini nama dia Ted.Boleh tahan jugak hensemnya.Dia ni la yang citer kat anak dia pasal macammana dia jumpa isteri dia.So sweet jugak la dia ni.Dia ni Arkitek. Ini nama dia Robin,dia ni cantik la bgi aku.hehhe..Dia ni kapel dengan Ted,best tau waktu Ted nak mintak kapel tu.Haish,tgk sendiri la.oH Lagi satu dia ni pembaca berita..hehh Ini Barney,kerja dia aku pun tak paham.Tapi yang penting,dia ni kaki perempuan,semua perempuan dia dah rasa.HAhHAHA..Dia kelakar la,adoi..dok gelak jer aku. Ini pula Marshall.Aku tak berapa minat sangat dia ni,nampak macam hmm ntahla,Aku malas nak riview pasal dia sangat maklumla tak berapa minat.Dia ada kekasih nama dia Lily,nanti aku kenalkan.Dia ni amek undang-undang. Ini la Lily,dia ni pelukis.Awek Marshall tadi.Dia ni bising la.hhaha.. Aku ingat nak tunjukkan scene-scene dia tapi aku dah buang software photoscape aku,ayam betul takdelah print screen.Takpelah nanti aku tunjukkan aku tak tipu..hehhe... ..Salam Terakhir..
@ 6:31 PM | 0 Comment [s]
Hai semua,Sori sangat dah lama tak update,cewah bajet hot stuff la kan.Entahlah kadang-kadang rasa berat je nak type mungkin ni semua gara-gara hati yang gundah gulana.Untuk pengetahuan korang,aku tengah final ni 5 paper dah lepas tinggal lagi 2 jer.Mak aii banyak nyer paper kau mimi,hishhh..hhahaha.. Tak lama lagi dah nak habis semester 5 ni,rasa sekejap sangat masa berlalu.Rasa sekejap jer walaupun dah bersama kawan-kawan nak dekat 3 tahun.Dah kenal cara berjalan,bercakap,semua la.Memang dalam berkawan ada saja masalahnya tapi ambil ia sebagai peringatan untuk kita lebih matang dalam bersahabat. Tak lama lagi juga,tiada lagi sahabat yang akan aku curahkan rasa hati andai aku resah.Bukan aku kata aku tiada sahabat lain cuma aku sama seperti korang,mesti korang ada kawan yang baik ngan korang dekat u or sekolah ker,rasa semua benda nak citer kat dia,tapi semua tu tak lama lagi akan berakhir,bila perlu hanya mampu cakap di telefon,sedih tau..Lepas ni semua akan mengikut jalan masing-masing.huhuh.. ..Kau kejam..
Tuesday, October 18, 2011 @ 8:02 AM | 0 Comment [s]
Macam mana kau boleh sampai hati nak kelar bayi yang kau kandung 9 bulan dalam perut kau??Macam mana kau boeh takde langsung perasaan kesian dalam diri kau pada bayi kau tu?? Kenapa kau lebih sayang pakwe kau dari anak kau tu??? Kenapa kau tak kelar jer pakwe kau tu daripada kau kelar anak kau yang baru nak kenal dunia tu?? Kenapa kau tak fikir apa akan jadi bila kau buat hubungan terlarang tu,sedapnya 5 minit ja tapi tanggung seumur hidup. Manusia macam kau lebih baik gantung diri jer dari hidup dalam dunia ni..Kau dengan pakwe kau boleh pergi mampus.. Kalau aku ada kawan macam kau,sumpah sampai mati pun aku tak mengaku kau kawan aku. Kau jangan malu dengan kesilapan kau,mulut orang takkan pernah berhenti bercakap,kau patut malu dengan ALLAH yang Maha Kuasa. Sudahlah cakap pun tak guna benda dah jadi... Semoga bayi itu diletakkan dikalangan orang yang beriman..Amin.. tiba2 teringat kat mama...hm..:(
..Food Innovation Day...
Friday, October 14, 2011 @ 8:26 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum semua,Hari ni hari khamis esok hari jumaat,Jangan gtau sape2 tau esok hari jumaat..Gila ke apa aku ni??hhahha...Lama tak jumpa korang,macam mana hidup???harap ok jer kalau tak ok meh cite kat aku meh..hahahha...ok hari ni dekat MICET ada buat Food Innovation Day.Program ini macam kena buat satu produk makanan yang takde lagi dalam pasaran kat Malaysia ni.Kumpulan aku buat WANTAN BLACK PEPPER CHEESE INSTANT dan alhamdulillah kumpulan kitowang dapat no 3.Thanks kepada ahli kumpulan, Mynor,Abi n Sura.Group kita menang wehhhhh...hehhehe.. Tempat kedua yang menang,kumpulan yang buat Biskut Mangga,tapi ada nama yang diorang letak tapi aku lupa.Tahniah yer korang.Pemenang pertama adalah Pumpkin Jam.Ha korang pernah rasa???? xpernahkan..hhhehe..Tahniah bella,ecah n Intan..korang memang terbaik la..Jom kita layan gambar yang sempat diambil..hehehhe... Heart String
Sunday, September 25, 2011 @ 1:52 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum semua,Aku rasa macam dah lama tak update blog ni,kalau sarang labah boleh tumbuh dah lama dah tumbuh ha..hehehehe..Ok program hari ni adalah seperti biasa,iaitu kemas bilik dan buat apa yang patut di MICET tercinta ni.Sebenarnya aku baru je khatam drama korea HEART STRING.Bapak segala best weh,aku tak skip langsung cerita ni,lagu dia pun best la,sampaikan malam tadi lepas episod 10 aku laju-laju download OST cerita ni,sebab pukul 2-3 pagi la line wifi kat hostel ni laju,hehehhe... Cerita dia lebih kurang macam ni la,Yong Hwa @ Lee Sin ni ada satu band nama The Stupid,awatla nama tu yang menjadi pilihan..ahaah,Dia ni suka dekat Professor dia,beza umur Lee Sin dengan Prof dia tu mak ai,12 tahun kot,so Prof dia taknakla kat dia an,dia memang frust gila la.Heroin dia Park Shin Hye @ Lee Gyu Won ni plak ahli kumpulan WindFlower,dia ni kira main alat2 muzik Tradisional Korea la.Dia ni suka dekat Lee Sin tapi an Lee Sin suka kat Prof dia,jadi dia macam frust jugak la sebab walaupun Prof tu dah tak nak kat Lee Sin dia nak jugak sampai satu masa tu,Lee Gyu Won cakap dia akan lupa kan Lee Sin tu..Nak tau apa jadi seterusnya dan konflik-konflik yang lain,sila lah tengok,penat tau aku tengok sampai habis..heheehhe ala,comelnya..heeh ni waktu diorang pergi beli tembikai..heheh laki baju merah tu director diorang,ni semua kes jelez ni.. oh maaf!!! diorang ada kapel punya keychain,kau ada???hahahah
Renung-renungkan dan selamat beramal!!
Monday, September 5, 2011 @ 6:34 AM | 0 Comment [s]
"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..” Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia : “Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak- anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”
Aku juga Manusia.
Sunday, September 4, 2011 @ 10:54 PM | 0 Comment [s]
Kadang-kadang aku tak mampu nak jaga hati semua orang , sebab aku manusia biasa yang punya banyak perasaan.Marah,benci,rindu,cinta,sedih semuanya ada.Aku juga tak mampu nak luahkan apa yang terbuku di hati aku kerna ingin menjaga hati mereka yang aku sayangi.Memang ada kata orang,"kalau tak puas hati cakap depan-depan",tapi aku rasa cakap tu macam tak boleh pakai.Ada orang yang tak dapat terima apa yang dicakapkan tu,silap-silap putus persahabatan.Itu yang aku tak mahu.Aku sentiasa ingin menjaga tali persahabatan itu walaupun aku yang bertahan,walau aku yang terluka kerna kawan penting dalam kehidupan aku sebagai perantau,kerna aku tak punya ahli keluarga di sini.Maaf jika ada yang tak puas hati dengan aku.Aku cuma manusia yang ada cacat celanya.Biarkan aku meratapi nasib ku,biarkan aku melayani kehidupanku sendiri.Aku menjauh tidak bermakna aku lupa,tapi aku sedang memberikan ruang untuk mereka berfikir.Jika tiada apa kebaikan yang ada bila berkawan dengan ku,lupakan aku.Biarkan aku sendiri melayani sisa-sisa kehidupanku di sini.Seperti yang aku katakan tadi aku hanya manusia biasa yang ada cacat celanya. Raya datang lagi
Friday, September 2, 2011 @ 11:20 AM | 0 Comment [s]
Selamat Hari Raya semua!!!Belum terlambat rasanya nak ucap selamat hari raya kan??Sebenarnya aku dah lama nak wat entry ni,tapi kesibukan diri ini sebagai anak yang baik menghalang untuk melekat di laptop..hik2..ok,hari raya tahun ni macam biasa ja,cuma pada hari raya ketiga kakak aku bertunang.Duit raya???hm adalah jugak daripada takdak,almaklumla student lagi kan mestilah dapat duit.. Tahun ni,tak ramai pun budak2 kecik yang datang beraya ruah aku,tunggulah jugak raya pertama tu mana tau ada orang mai,tapi takdak pun,ntah2 sebab mama aku bagi singgit je tahun lepas,tu tak mau mai tu..hahahha..jomla kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan,hik2.. ni aku dengan along ni dengan sepupu-sepupu aku,ramai laki..adoi hantaran lelaki ini keluarga besar aku,tapi ada lg yang xmasuk iqbal n apiq adik aku ngn kawan kak aku. Cukuplah gambar tu jadi tatapan anda semua..saya ni tak hot sangat pun,letak gambar ckit2 sudah la,xla berhabuk blog ni..hehhehe...
.Buka Puasa Bersama Mereka..
Tuesday, August 23, 2011 @ 9:46 PM | 0 Comment [s]
Pagi ini redup sahaja,niat di hati ingin menyambung tidur tapi melihat laptop sudah terbuka lantas tangan ku membuka lagu raya sambil membuat entry ni.Haish awat rasa macam skema sangat ni.Ok dalam 2 minggu lepas aku dan kawan-kawan aku pergi berbuka kat ayer keroh.Huh mimi,dah lama kau pergi baru nak tulis,dah basi dah pun cerita ni.Opss sori,akhir-akhir ni aku teramatlah sibuk dengan kelas dan sebagainya,lagipun seperti yang aku katakan dulu wifi di micet ni gelong sikit.Nak bukak facebook pon,takat keluar yang biru kat atas tu ja watpa,baik aku tutup.Kitorang kuar dalam pukul 6,kira bajet boleh sampai Macd dalam nak dekat buka puasa dah.Tapi harapan ja,yela nak isi minyak lagi an,kat stesen minyak pon lama,maklumla stesen minyak baru macam2 la yang tak kena.Disebabkan dah masuk waktu berbuka,kitorang buka dengan air mineral dulu,satu botol kongsi 6 orang,wowww,kau ada??.Pastu masuk highway suma,n dalam perjalanan ada sebuah ambulans terbalik kat situ berlanggar dengan teksi,tak tahu siapa yang salah sebab waktu tu semua yang dalam ambuan dah dikeluarkan,bulu roma tegak kot waktu tu.Dan selepas aku baca berita,nurse yang mengiringi pesakit tu dah meninggal dunia.Al Fatihah. ![]() sumber dari google Lepas berapa minit kitorang sampai la dekat Macd,agak penuh di situ,damn.Pastu kitorang tunggu la kejap bagi orang lain makan dulu.Lepas dah dapat tempat apa tunggu lagi ngap ah.. Lepas pergi makan,kitorang pergi bersuka ria di depan Macd,disebabkan masa yang amat terhad tak boleh pergi jauh-jauh,dekat ja. Akhir kata,salam perantauan dari kami Pelajar Tahun Ketiga Universiti Of Malacca,Bandar Vendor,Malaysia ..nice contact lens..
Friday, August 12, 2011 @ 8:32 PM | 0 Comment [s]
Selamat Berpuasa!!!Tak lama lagi kita dah nak raya ni.'Menjelang Hari Raya berakhirnya puasa',ops menyanyi kejap.Dah nak dekat raya ni korang mesti la nak pakai cantik-cantik,sweet-sweet kan.Aku nak perkenalkan satu produk la untuk menambahkan lagi kecomelan korang.Korang mesti selalu pakai contact lens kan???bagi mata nampak lawa gitu.Ni aku nak perkenalkan satu page yang korang boleh dapat contact lens yang sweet gitu,memang mengancam la habaq hang,kalau korang nak beli bleh je gtau aku nanti aku uruskan penghantarannya. Korang boleh check it out kat page ni beuberry.com Ada macam-macam colour yang korang boleh pilih,biru,merah,purple,ada bunga pon ada ha,rugi kalau tak beli ni.Harga pun berpatutan la aku rasa.So sila lah tengok page tu ok?.. |
![]() ![]() ![]() |
Thanks